Siapa sangka di sebalik populariti mereka, dahulunya hanyalah individu yang tidak mempunyai apa-apa. Lantaran desakan nasib hidup, kelima-lima selebriti ini mengimbau kembali masa silam mereka.

1.Joe Flizzow

Nama Joe Flizzow bukanlah asing lagi bagi dunia hiburan. Rappers dan komposer terkenal ini banyak menyumbang bakat dan turut mengharumkan nama negara melalui karya nya. Jika dahulu Joe Flizzow lebih dikenali melalui duo beliau bersama Malique, Too Phat. Selepas berpecah, Joe Flizzow senyap seketika dan tekad untuk mencipta namanya sendiri melalui lagu dan perniagaan yang diceburinya.

2. Altimet

” Kalaulah zaman saya ada semua ini..”

Ujar Altimet ketika ditanya mengenai pahit getir beliau sepanjang bergelar anak seni. Jika dahulu, beliau hanya berdikari tanpa mengharapkan nama sesiapa. Malah namanya pernah tenggelam seketika dek kerana tersalah percaturan langkah.

Namun selepas itu, nama Altimet sering kali disebut sebagai salah seorang rappers terkenal tanah air. Menurut Altimet juga, beliau berharap generasi sekarang dapat merebut segala peluang yang ada dan sentiasa membantu diri sendiri untuk maju ke hadapan

BACA  5 Fakta Menarik Mengenai Bekas Penyampai Radio Hot FM Yang Ramai Tidak Tahu!

3. Faizal Tahir

Semangatnya yang tidak mudah mengalah sentiasa menjadi ikutan anak muda kini. Sebelum menjadi penyanyi yang terkenal tiada siapa yang mengenali Faizal Tahir. Selepas berundur dari kumpulan nasyid Mirwana, Faizal telah memberanikan diri dengan menyertai rancangan realiti TV, One in A Million dan mendapat tempat kedua.

Selepas daripada itu, nama Faizal Tahir terus melonjak naik sehingga berjaya menempatkan diri dalam beberapa pertandingan nyanyian dalam dan luar negara. Kini, Faizal Tahir telah dilantik menjadi duta dan jurucakap bagi program Skim Latihan 1 Malaysia ( SL1M).

4. Kumpulan Zero

Pelawak berkumpulan, Zero yang dianggotai oleh 3 orang adik beradik ini menarik perhatian ramai apabila telah menjadi naib juara rancangan Maharaja Lawak suatu masa dahulu. Paling mengagumkan adalah adik beradik ini bukanlah dari keluarga yang berada malah duduk jauh di pendalaman Sabah. Sebelum ini , mereka hanya bekerja sebagai nelayan dan buruh kasar. Tekad untuk mengubah nasib, mereka berjaya mencipta nama sebagai kumpulan pelawak adik beradik pertama yang berjaya di Malaysia

BACA  [REVIEW] Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal Antara Animasi Terbaik Dalam Sejarah

5. SonaOne

Mikael Adam Bin Mohd Rafee Michel Lozach atau yang lebih dikenali sebagai SonaOne juga merupakan penyanyi rap terkenal di tanah air.Bukan sahaja mempunyai bakat dalam bidang nyanyian malah SonaOne juga berkebolehan dalam seni grafitti.

Lagu beliau bersama rapper terkenal Joe Flizzow dalam lagu “Havoc” telah menjadi ikutan anak muda dan seterusnya lagu “Apa Khabar” pada tahun 2014 melayakkan beliau memenangi gelaran juara di Anugerah Juara Lagu ke-29.Bagi SonaOne tiada apa yang mustahil kerana segalanya bermula dengan usaha.

6. Syamelย 

Nama Pendatang baharu, Syamel bagaikan ‘pisang goreng panas’ apabila sering kali diundang membuat persembahan di pelbagai acara. Malah menurut naib juara ย Akademi Fantasia 2015 ini, beliau sendiri tidak menyangka dengan rezeki yang menyebelahi dirinya.

BACA  Altimet Dengan Single Terbaru Duet Bersama Zizi Kirana

Sebelum ini Syamel hanya membuat persembahan busker di hadapan Sogo, kini siapa sangka penyanyi yang terkenal dengan lagu Lebih sempurna ini telah pun membuat persembahan di hadapan ribuan penonton.

Kesemua keenam-enam selebriti ini telah digandingkan bersama menerusi Sidang Media Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Selatan. Bagi graduan dan anda yang ingin mencari kerja bolehlah berkunjung ke Melaka International Trade Centre ( MITC) Ayer Keroh Melaka pada 26 dan 27 Ogos ini.

Selain sesi temuduga terbuka dan career talk, kesemua selebriti ini akan turut membuat penampilan serta persembahan khas untuk mereka yang hadir di MITC.