Pertama Kali! Terkejut Lihat Kejelitaan Shaa Dalam MV Terbaru

387

Shaa, penyanyi yang semakin meningkat naik sejak mula dikenali selepas nyanyiannya bersama kumpulan busker tular di laman sosial ini. Namun kita sering lihat penampilan Shaa, yang lebih selesa berseluar jeans dan berkemeja-T, manakala rambut sentiasa dibiar pendek. Tetapi bagaimana agaknya penampilannya jika dia lebih feminin?

Baru-baru ini, penampilan Shaa telah ditransformasikan sehinggakan dia pun terkejut. Semua itu dilakukan sempena penggambaran video muziknya berjudul Pertama Kali. Namun video tersebut masih belum ditayangkan di laman Youtube.

β€œSebelum ini mana pernah bersolek tebal-tebal, bergaun kembang dan berambut palsu? Saya ini budak lasak dan aktif. Walaupun kekok melihat diri sendiri, tetapi saya suka dengan perubahan dilakukan. Jadi untuk penampilan di video muzik ini, peminat dapat melihat sudut berbeza saya,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Ketika ini, lagu Pertama Kali kerap dimainkan di stesen radio dan ramai yang menggesa Shaa atau nama sebenarnya Juzratul Nisha Johari ini menyiapkan video muzik untuk tatapan peminat.

BACA  Pelakon Airwolf, Jan-Michael Vincent Meninggal Dunia Pada Usia 74 Tahun

Sumber Harian Metro