Bekas anggota kumpulan Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger berada di Johor malam tadi untuk tampil sebagai tetamu istimewa pada majlis perkahwinan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah.

Penyanyi jelita ini berkongsi video tentang dirinya dalam gaun merah dengan kapsyen:

“@michaelcostello Terima kasih atas pakaian saya untuk persembahan saya malam ini untuk Majlis Perkahwinan Puteri Raja ..

Posting tersebut diikuti dengan sekeping gambarnya berdiri di hadapan pintu masuk Istana Bukit Serene yang dipenuhi dengan cahaya lilin. Menerusi post itu, Scherzinger dilihat mengenakan busana serba hitam menampakkan bentuk tubuhnya yang cukup langsing.

Selepas mengadakan persembahan, dia sepat merakam dirinya pergi ke restoran KFC untuk memesan makanan yang ditemani oleh polis pengiring menerusi Instastory.

BACA  [VIDEO] Raf Yaakob Buat Kejutan Hari Lahir Fazley Yang Cukup Mengharukan!

Sumber Malaymail