Masihkah anda ingat dengan filem animasi Tarzan dan Frozen? Filem Tarzan mengisahkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Tarzan, dibesarkan oleh sekumpulan Gorila di sebuah hutan yang terpencil. Ibubapa Tarzan telah meninggal akibat dibunuh oleh seekor harimau bintang.

Manakala filem Frozen menceritakan mengenai kisah dua puteri raja yang mempunyai kuasa mistik yang saling bergantungan kerana kedua ibubapa puteri ini dipercayai telah meninggal di laut akibat kapal mereka dipukul ribut dan ombak yang dahysat.

Terkini, berita yang mengejutkan untuk kedua-dua peminat filem ini, kerana menurut pengarah filem Frozen, Chris Buck beliau mengaku bahawa Tarzan sebenarnya merupakan adik lelaki kepada Princess Elsa dan Princess Anna dalam filem Frozen.

Beliau telah mendedahkan rahsia ini sewaktu ditemu bual oleh  MTV. Beliau turut menjelaskan bahawa ibubapa Elsa dan Anna yang juga seorang Raja dan Permaisuri di sebuah negara sebenarnya tidak meninggal kerana kapal dipukul ombak. Tetapi mereka masih hidup dan menyelamatkan diri ke sebuah pulau yang terletak di sebuah kawasan berhampiran kapal mereka yang karam.

Disitu, ibubapa kedua-dua puteri raja ini telah membina sebuah rumah di atas pokok dan tidak lama kemudian dibunuh oleh seekor harimau bintang dan meninggalkan adik lelaki mereka, Tarzan keseorangan. Di situ, sekumpulan gorila telah menjumpai Tarzan dan mengambilnya sebagai anak angkat sehingga Tarzan dewasa.

Jadi apakah reaksi anda? Pasti anda tidak sangka dengan jalan cerita yang sebenar bagi kedua-dua filem animasi ini bukan? Walaupun rahsia ini sudah lama dibongkarkan, namun ianya baru tular di Twitter dan ramai yang sedang memperkatakan mengenainya.

Sumber HeyYouGuys