Pelakon, Puteri Sarah Liyana yang juga isteri kepada Syamsul Yusof bersama anaknya dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.

Walaubagaimanapun, Puteri Sarah dan anaknya, Syaikhul Islam tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Puteri Sarah Liyana beliau bersyukur kerana kemalangan tersebut berlaku tidak terlalu teruk dan hanya dilanggar di belakang kereta sahaja. Insiden tersebut berlaku di kawasan rumah Puteri Sarah apabila sebuah kereta tidak sempat untuk menekan brek lalu merempuh belakang kereta beliau. Kejadian tersebut juga berlaku ketika hujan sedang lebat.

Puteri Sarah turut menambah, beliau risau dan cemas seketika kerana hanya mereka berdua sahaja di dalam kereta dan keselamatan anak menjadi keutamaan.

Beliau turut berharap kepada ibubapa di luar sana agar sentiasa mengambil berat akan keselamatan anak-anak sewaktu memandu kerana segala kemungkinan boleh berlaku

Sumber Utusan Online