Minggu ini, Tunku Tun Aminah atau lebih mesra disapa sebagai Tunku Inah mencuri perhatian dunia apabila berkahwin dengan seorang jejaka dari Belanda yang juga seorang model, Encik Dennis Muhammad Abdullah.

Tunku Inah telah selamat bergelar isteri kepada Dennis Muhammad pada isnin yang lalu. Perkahwinan diraja ini mendapat pujian ramai kerana solekan dan baju perkahwinan Tunku Inah kelihatan sangat cantik walaupun agak sedikit ringkas. Namun ini semua adalah permintaan Tunku Inah sendiri yang mahukan konsep kesederhaan dalam majlis perkahwinan beliau.

Baju Perkahwinan Direka Khas Oleh Tunku Hajjah Azizah

Rata-rata netizen menganggap baju perkahwinan Tunku Inah mesti ditempah dan diperbuat khas oleh pereka fesyen terkenal. Namun tahukah anda, baju perkahwinan Tunku Aminah ini sebenarnya direka khas oleh ibu saudaranya sendiri yang juga Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

” At my nieces wedding ,Tunku Tun Aminah memakai baju yang dibuat daripada Tenun Pahang DiRaja, rekaan saya ..ditenun oleh banduan Penjara Penor “

Berita ini telah disahkan sendiri oleh Tunku Azizah melalui akaun Twitter baginda dan turut menyatakan baju yang direka oleh baginda  telah ditenun oleh banduan Penjara Penor.

BACA  Kek Hari Lahir Yang Di-Pertuan Agong Curi Perhatian

Sebelum ini, Tenun Pahang memang dikenali sebagai sebuah tenun yang sangat kemas malah Tunku Azizah sendiri  banyak memberi sumbangan dan idea melalui hasil kraf dan tenunan di Pahang sehingga menamakan semula Tenun Pahang sebagai Tenun Diraja Pahang kerana rasa cinta Tunku Azizah pada tenun ini. Cantik bukan?

Sumber Twitter Tunku Azizah