“Ya, dia seorang pelakon dan kami berkawan sejak beberapa bulan yang lalu. Tetapi hubungan ini sudah diketahui Yayang (Adira) selepas pelakon itu sendiri yang mendedahkannya..”

Ujar Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red yang merupakan suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi.

Hajat untuk mendirikan rumahtangga yang ketiga tidak kesampaian apabila hubungan tersebut bersama pelakon yang dikenali sebagai ‘N’ sudah pun berakhir apabila Adira telah mengetahui perkara ini

Datuk Red berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac lepas.

Sebelum ini Datuk Red mempunyai tiga orang cahaya mata bersama-sama Datin Sharifah ataupun Datin Red. Hubungan Adira dan madunya itu juga dikatakan baik – baik sahaja.