Rata-rata rakyat Malaysia dan Brunei menunggu tanggal 22 Ogos apabila pertembungan dua negara ini menerusi sukan ekuestrian polo bakal mencipta sejarahnya tersendiri apabila menampilkan dua VVIP.

Dua VVIP yang disebut-sebut netizen sejak sebulan yang lalu adalah Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Putera Brunei, Yang Teramat Mulia Pangeran Abdul Mateen bakal bersaing merebut pingat emas yang ditawarkan petang ini.

Kedua-dua individu ini mendapat perhatian ramai kerana mempunyai auranya tersendiri. Tidak hairanlah jika seorang gadis yang juga wartawan dari sebuah agensi berita kerajaan, sanggup berbogel jika Pasukan Polo Malaysia mendapat emas di dalam sukan yang dipertandingkan hari ini.

” Aku rasa team polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel! “

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh beliau menerusi laman Twitternya dan mendapat pelbagai reaksi pengguna.

” As someone yang bekerja dengan media, I tak rasa you patut buat benda macam ini di laman sosial memandangkan you adalah reflection of your company..”

Kebanyakan komen yang diterima oleh wartawan ini turut terkejut dengan tindakan beliau yang dikatakan terlalu fanatik dengan Khairy Jamaluddin. Semalam, tular di media sosial mengenai peminat-peminat Putera Mateen yang bersorak akan kehadiran putera ini di padang polo. Hebat betul penangan aura kedua-dua individu ini.

BACA  Mini KJ? 6 Hal Ini Buktikan Syed Saddiq 'Klon' Khairy Jamaluddin