Sejak Sukan SEA 2017 telah bermula di seluruh Malaysia, ramai pula atlet yang mencuri perhatian orang ramai. Siapa sangka negara kita memiliki deretan atlet wanita yang kecantikannya boleh setanding dengan artis tempatan mahupun model antarabangsa.

Salah satunya adalah Nur Izwani Azman atau lebih dikenali dengan nama Niena Azman. Wanita cantik ini telah melibatkan diri dengan sukan futsal sejak 2004 dan mendapat sokongan penuh keluarga serta rakan-rakan.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Malaya itu diketahui akan ikut berentap sebagai penjaga gol futsal wanita di SEA Games 2017.

Kegigihannya selama terjun di lapangan futsal membuahkan hasil yang gemilang. Awalnya, ia sempat mendapat kritikan dari berbagai pihak atas pilihannya memilih sebagai atlet, kerana seorang perempuan.

BACA  Jelita & Menawan! Kenali Wanita Pewaris Alleycats, Dasha Logan

Namun kritikan itulah yang membuat Niena Azman semakin terpacu untuk meningkatkan kualiti permainannya. Bukan setakat di lapangan futsal, penampilan Niena Azman di luar juga mendapat banyak pujian.

Kecantikannya telah meluluhkan hati para peminatnya. Seperti apa sebenarnya Niena Azman yang banyak diperbincangkan ini?

Berikut ini foto-fotonya.

 

Artikel SebelumnyaTania Hudson Kini Bergelar ‘Wartawan Jenayah’
Artikel SeterusnyaHafiz Hamidun Akui Tidak Pernah Jalinkan Hubungan Intim Dengan Isteri
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.