Bagi memenuhi impian anak yang tersayang, jutawan kosmetik popular dengan lagu I Am Me telah membawa anak bujangnya ke Jepun untuk bercuti. Datuk Seri Vida telah berkongsi beberapa foto dan video percutian mereka sekeluarga di Jepun menerusi Instagram miliknya. Sebelum ini DSV pernah memuatnaik video menyaksikan anak lelakinya dengan panggilan Kacak telah memujuk DSV untuk ke Disneyland di Jepun.

View this post on Instagram

Impian Kacak.. Ha ha.. Nak ke Japan..

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Apa yang mencuri perhatian netizen tatkala melihat percutian sekeluarga ini adalah anak gadisnya, Cik B yang kini sudah mula belajar ‘makeup’. Malah Cik B kelihatan lebih cantik & cerah berbanding jika tidak mengenakan apa-apa solekan.

Sebelum ini di Instagram, DSV pernah meluahkan rasa terkilan apabila ada yang menghina anaknya berkulit gelap dan menjelaskan kulit Cik B hitam adalah disebabkan aktiviti lasak sering dilakukannya.

Bagi membuktikan perkara itu, Vida menerusi beberapa siri posting di Instagram telah memuat naik gambar Cik B ketika kecil yang jelas sangat comel dan berkulit putih.

Luahan Vida itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang menyifatkan penghinaan sesetengah orang terhadap anaknya sebagai tidak patut dilakukan.

Sumber IG Dato’ Seri Vida

Artikel SebelumnyaAF Megastar Medan Untuk Penyanyi Yang Tak Laku?
Artikel SeterusnyaSelain Hanez Suraya, 5 Pelakon Ini Nekad Berhenti Berlakon
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.