Jika kaum wanita sibuk memperkatakan mengenai kekacakan Putera Brunei, Pangeran Abdul Mateen Bolkiah, minggu ini rata – rata rakyat Malaysia terutamanya bagi lelaki bercakap mengenai kecantikan Farah Ann yang juga merupakan ahli gimnastik negara.

Beauty with talent! Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan Farah Ann Abdul Hadi yang sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya mendapat pingat emas semalam( 23 Ogos) bagi acara senaman lantai Sukan SEA 2017.

Sejurus sahaja kemenangan beliau diumumkan , Instagram Ratu Gimnastik Artistik ini dibanjiri dengan ucapan tahniah dari rakyat Malaysia. Namun begitu, tidak lama kemudian, akaun Instagram beliau telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

BACA  Ayda Jebat Nyanyi Lagu Tema Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Tidak mengapa Farah, walaupun Instagram awak baru digodam, hati kami sudah lama digodam oleh bakat dan kecantikan awak. Tahniah Farah Ann!