Sebelum ini, sebuah portal hiburan pernah menyiarkan mengenai 30 selebriti yang dahulunya bergelar pramugara dan pramugari.

Namun tahukah anda ketiga – tiga orang penyanyi ini telah memperlahankan aktiviti seni mereka dan kini berkhidmat di awan biru sebagai pramugara dan pramugari?

Fahmi Esmail ( Mentor Legend )

Pernah dicungkil bakat melalui program realiti TV, Mentor Legend suatu ketika dahulu Fahmi Esmail kini dikhabarkan telah menyambung perkhidmatannya sebagai Pramugara AirAsia.

Jika dahulu penyanyi ini telah mengambil cuti tanpa gaji demi menumpukan perhatian dalam bidang seni. Namun terkini, beliau dilihat sedang kembali ke akademi penerbangan itu untuk kembali bertugas

Sheila Abdul

Masih ingat dengan lagu Mungkinkah, dari Sheila Abdul? Selepas lagu tersebut hits, nama Sheila seolah – olah hlang seketika.

BACA  'Fashion Show' Rizalman Bertemakan Konsep Diraja Inggeris Mengagumkan!

Terbaru, menerusi laman Instagramnya, Sheila kelihatan cukup cantik dengan uniform putih syarikat penerbangan Malindo. Adakah ini bermakna Sheila Abdul nekad untuk berhenti menyanyi?

Shazia ZiaBella

Nama Shazia yang terkenal menerusi duo ZiaBella bersama adiknya Bella pernah menggemparkan dunia hiburan apabila dipukul oleh bekas teman lelakinya yang juga penyanyi, Aweera. Namun selepas insiden tersebut, Shazia tidak lagi kelihatan di mana – mana pentas hiburan dan turut mengambil keputusan untuk menjadi pramugari.

Jika sebelum ini beliau berkhidmat dengan AirAsia, penyanyi ini dikatakan turut berubah angin dengan berkhidmat di syarikat penerbangan yang sama seperti Sheila, Malindo Air.