” Rome wasn’t built in a day, so is our relationship. My favourite pic thus far. Love you, love Rome. When u try to kiss but tak sampai…… #halalgap..Thank You Allah.”

Ujar Diyana Halik yang juga pengurus kepada suaminya, Aaron Aziz menerusi laman Instagram beliau baru – baru ini.

Pasangan romantis ini dikatakan telah bercuti di Eropah sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 14.

Rata – rata peminat memuji keakraban hubungan suami isteri ini dan ruangan komen mereka turut dihujani ucapan tahniah selain mendoakan kebahagiaan rumahtangga Aaron sekeluarga.

Mengenai perkembangan terbaru Aaron, beliau kini sedang giat mempromosi drama lakonannya, My Darling Inspektor Daniel di Astro Ria. Semoga terus kekal bahagia sehingga ke anak cucu buat Aaron Aziz dan keluarga!

BACA  4 Bekas Pembaca Berita Yang Merupakan Isteri VVIP. Ada Yang Bergelar Puan Sri