Selain memiliki rupa paras yang kacak, badan yang sasa juga merupakan faktor mengapa selebriti sering kali menjadi ikutan dan diminati ramai.

IKLAN

Mengikut kajian, kami di Hangat mendapati 5 selebriti antarabangsa yang bernama Chris ini memiliki pakej yang lengkap!

1. Chris Evans

Siapa saja yang tidak kenal dengan jejaka bermata kelabu ini? Menduduki tangga teratas, Chris Evans sering kali dipilih memegang watak adihero. Selain Captain America, Evans juga pernah memegang watak Fantastic Four

2. Chris Hemsworth


Berbanding adik – adiknya, Liam dan Luke, nama Chris Hemsworth dikatakan lebih bertuah kerana selalu diingati ramai. Barangkali watak beliau sebagai Thor membantu menaikkan namanya.

BACA  Video Berpelukan Raja Ilya Sebelum Berkahwin Dipertikaikan?

3. Chris Pratt


Disebalik wajahnya yang nampak seperti pendiam,Pratt sebenarnya menjadi kegilaan remaja barat. Dilabelkan sebagai seksi dan macho, lagaknya yang bersahaja menjadikan setiap watak yang dilakonkannya menjadi ingatan.

4. Chris Pine

Jika terdapat pencalonan ‘The Hottest Chris’ sudah pasti Chris Pine akan menduduki tangga teratas. Pine yang memegang watak James T. Kirk di dalam filem Star Trek dikatakan mempunyai raut wajah serta kumisnya sebagai aset utama beliau.

5. Chris Daughtry

Disebalik suaranya yang husky, faktor rambutnya yang botak turut menjadikan Chris Daughtry tersenarai sebagai Top 5 Chris dalam carta Hangat. Selain suara yang garau, adakah anda bersetuju jika Daughtry berada dalam kategori ” Bald guys are seen as smart and dominant?

BACA  Heliza Helmi Komen Isu Emma Maembong Buka Tudung

Jadi diantara 5 Chris diatas , siapakah yang paling hangat dan seksi? Mungkin anda ada jawapannya..