Sebelum ini, kami pernah menyiarkan kisah suami kepada penyanyi terkenal Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang selebriti.

Namun hubungan Datuk Red dengan selebriti berkenaan yang dikenali sebagai N dikatakan terputus ditengah jalan apabila Adira yang juga isteri kedua kepada Datuk Red menghidu hubungan tersebut.

Hari ini kecoh seketika apabila selebriti ‘N’ yang dikatakan adalah penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah. Walaubagaimanapun menurut Nonny beliau tidak mempunyai sebarang hubungan dengan suami Adira malah sanggup bersumpah menafikan tuduhan tersebut.

Nonny juga terkejut kerana pihak pengurusannya menghubungi beliau dengan mengaitkan selebriti ‘N’ yang disebut- sebut oleh Datuk Red adalah Nonny.

BACA  Chris Hemsworth Akhirnya Buka Mulut Soal Karakter Jadi Buncit Di 'Avengers: Endgame'

Akui bergaduh dengan teman lelakinya akibat perkara ini, Nonny merayu kepada pihak yang menyebarkan fitnah ini supaya berhenti berbuat demikian kerana tidak mahu hubungan beliau bersama  dengan teman lelakinya yang lebih dari 8 tahun berantakan dan merancang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Instagram Nonny Nadirah