Sudah lama tidak mendengar khabar berita mengenai pelakon berbakat, Sweet Qismina.

Khabar terbaru mengenai Sweet, beliau dikatakan sedang bercinta dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang juga pemain pasukan Malaysia, Safawi Rasid.

Baru – baru ini, sebuah portal telah menulis mengenai penyanyi Jangan Jangan, Wani Kayrie yang juga dikatakan sedang berkawan rapat dengan pemain bola tersebut.

Ketika ditanya mengenai hubungan mereka, kedua – dua selebriti ini hanya berkawan dengan pemain bola tersebut dan gambar yang sedang hangat diperkatakan hanya kebetulan sahaja.

“Saya dah kenal Safawi sejak jadi pengacara Planet Bola tapi masa itu kami tak pernah bertegur pun tetapi memang tahu dia merupakan salah seorang pemain JDT. Kami bertegur pun hanya baru-baru ini itupun di Instagram. Kebetulan saya memang minat bola sepak, jadi kiteorang banyak bersembang pasal kerjaya dan bola sahaja,”

Semalam, nama Safawi Rashid disebut – sebut dalam perlawanan Bola Sepak akhir antara pasukan Malaysia dan Thailand apabila pecubaanya untuk menjaringkan gol berjaya dihalang oleh pasukan lawan malah turut mendukacitakan pasukan Malaysia tidak berjaya membawa pulang ibu emas Sukan Sea 2017 itu.

Sumber Instagram Sweet Qismina Wani Kayrie