Sempena Hari Kemerdekaan negara yang jatuh pada 31 Ogos ini, nama tiga individu ini sedang hangat diperkatakan.

Manakan tidak, merekalah insan disebalik peristiwa bersejarah, 31 Ogos 1957.Mereka adalah Mohamed Sharif Kalam, Awang Mohd Salleh dan Oliver Culvelt Samuel, yang diberi kepercayaan menaikkan bendera Tanah Melayu pada hari kemerdekaan buat kali pertama ketika itu.

Sebelum ini, kita tertanya siapakah tiga individu yang menaikkan bendera tersebut yang kini sudah menjangkau 60 tahun seiring dengan hari bersejarah ini.

Hari ini, terbongkarlah sudah bahawa mereka ini adalah tentera Laut yang ketika itu berusia 20-an yang menyaksikan segala sejarah bermula termasuk lagu Negaraku yang dimainkan buat kali pertama di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Kredit Foto: Utusan Malaysia

Pada 31 Ogos tahun ini, sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke 60, mereka sekali lagi diberi kepercayaan untuk membawa bendera Malaysia . Seterusnya bendera ini akan diberi kepada anggota tentera yang bertugas untuk menaikkan bendera Malasia sebagai simbolik Hari Kemerdekaan negara.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke 60!

Sumber Negaraku