” Janji Ditepati “

Ujar seorang pemuda yang dikenali sebagai @NizamArchibald di Twitter. Menurut peminat bola sepak ini, beliau akan memakai sepersalinan lengkap baju melayu ke Stadium Shah Alam sekiranya pasukan Bola Sepak Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir.

Nizam yang kelihatan segak memakai baju melayu berwarna merah jambu di stadium mencuri perhatian ramai. Malah gambar beliau bersama baju melayu ini turut tular di media sosial dan dipuji netizen.

Semalam ( 29 Ogos) , Pasukan Malaysia telah bersaing dengan Pasukan Thailand bagi merebut pingat emas Sukan SEA 2017. Perlawanan bola sepak ini dikatakan cukup penting kerana dianggap sebagai ibu segala sukan. Walaubagaimanapun, hasrat Malaysia untuk merangkul emas tidak kesampaian apabila kalah 0-1 kepada Thailand.

BACA  Pakai Sport Bra, Pemain Bola Sepak Malaysia Jadi Perhatian
like
love
haha
wow
sad
angry