Nama Manohara pernah menjadi perhatian media saat dirinya dirundung kes penculikan melibatkan kerabat Raja di Malaysia pada tahun 2009 dahulu. Wanita yang dilahirkan pada 28 Februari 1992 ini dikhabarkan diculik suaminya Tengku Muhammad Fakhry. Kes Manohara ini berlanjutan dengan menerima pelbagai spekulasi.

Lama tak buat kemunculan di kaca TV, Manohara Pinot diam-diam akan membintangi sebuah sinetron terbaru garapan SinemArt. Hal telah dibuktikan dari sebuah foto yang dimuatnaik oleh akaun SinemArt Community. Wanita yang dilahirkan pada 28 Februari 1992 ini telah ditawarakan lagi oleh syarikat produksi SinemArt.

Foto itu menunjukkan Manohara bersama salah seorang pasukan produksi dan ujibakat SinemArt serta pengarah Emil G Hampp.

Menariknya, comeback-nya Manohara di dunia lakonan ternyata dibuktikan dari tulisan yang terpampang pada foto itu.

Kredit Foto: FitnessForMen

“Kembali ke asal semua bermulai (emoji senyum) #sinemart,” bunyi tulisan itu.

Kembalinya pemiliki nama Manohara Odelia Pinot ke dunia lakonan ini disambut positif oleh netizen. Sama-sama kita nantikan Manohara tampil dengan penampilan barunya di TV.

Sumber IG Sinemartcommunity