Malam ini dapat disaksikan, Siti Nordiana antara artis yang membuat persembahan pada acara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Nana mengakui terdapat segelintir peminat yang membandingkan cara nyanyiannya dengan Datuk Siti Nurhaliza berdasarkan komen yang dimuat naik di laman sosial.

“Saya mohon maaf kepada peminat Siti sekiranya persembahan saya malam ini tidak menepati cita rasa mereka. Namun saya cuba menyampaikan dengan cara saya tersendiri.

Menurut laporan dari Harian Metro, Nana turut akui merasai debaran apabila dia beri tanggungjawab menyanyikan lagu penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza. Namun Nana tetap melakukan yang terbaik dan mengawal perasaan gementarnya lagi-lagi di pentas besar membabitkan negara kita.

Selain Nana, antara penyanyi lain yang turut membuat persembahan malam ini ialah Black, Amy Search, Jaclyn Victro dan ramai lagi.

Sumber Harian Metro