Sebelum ini, nama Asyallie , selebriti sosial media dan juga usahawan tular gara – gara mencetuskan kontroversi kerana didakwa meniru hasil kerja fesyen terkenal Jovian Mandagie

Hari ini, nama Asyallie sekali lagi tular gara – gara memuat naik stories di akaun instagram beliau dengan menyatakan beliau dan suami sudah bankrap dan hanya tinggal RM 50 di akaun bank.

Namun tidak lama kemudian, Asyallie mengatakan itu hanyalah gimik semata dan ingin melihat reaksi mereka yang membencinya.

Menolak dakwaan tersebut, rata – rata komen pengguna media sosial mengatakan status tersebut hanyalah mengundang persepsi negatif terhadap Asyallie dan ada yang menganggap itu hanyalah publisti murahan untuk meraih perhatian ramai.

BACA  Kebetulan? Ini 5 Persamaan Filem X-Men: Dark Phoenix & Captain Marvel

Malah mengambil jalan untuk tidak menerima sebarang komen berkaitan, Asyallie juga dilihat menyahaktifkan ruangan komen di Instagram beliau.

Apapun itu hak anda untuk menilai, kami di Hangat hanya mencari sumber berita hiburan dan tular untuk rujukan dan penilaian anda. Yang baik kita ambil jadikan contoh, yang buruk kita jadikan tauladan.