Juara Malaysian Idol 2004 Jaclyn Victor dan Juara Akademi Fantasia musim pertama Vince Chong memeriahkan upacara penutupan SEA Games 2017 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia, Rabu (30/8/2017).

Apa yang mengejutkan orang ramai, Jac memilih bersalin lebih awal menerusi pembedahan pada 24 Ogos lalu kerana ingin mengotakan janji bagi mengadakan persembahan pada malam gilang gemilang itu.

View this post on Instagram

" She delivered few days before a huge show and yet she still delivered on stage " . In my arms , the beautiful baby girl Molly… The mum is the insane woman who sang the duet with me for the #seagames2017 closing ceremony… Now that the cat's out of the bag, this was taken on the 25th of August, 5 days before show… @jaclyn_victor had her C Sec on the 24th … So I can safely say … I was a little bit concern you might faint on stage but my goodness , you are one inspirational crazy mama… Babe you are major strong and gilerz!!! If that was me even with a small cut I'd probably faint of stage.. So honoured again to be the Godpa of another beautiful baby … Congrats @jaclyn_victor …. @shawnkurtrivera … Love you guys!! #godpa #newborn . Practicing before my wife pops.. Coming soon…

A post shared by Vince Chong (@vincetogram) on

Vince yang merupakan pasangan duet Jac pada malam itu turut merasakan bimbang dengan keadaannya di pentas.

“Saya agak bimbang malah risau jika Jac akan jatuh pengsan ketika melakukan persembahan pada malam itu, tetapi atas kuasa Tuhan, Jac berjaya lakukannya. Jac memang Ibu yang gila cukup inspirasi!”

“Kalau saya berada di tempat Jac, mungkin saya akan pengsan” ujarnya menerusi Instagram

Dalam pada itu, penyanyi lagu Gemilang itu berkata, walaupun masih dalam tempoh berpantang namun dia berbangga dapat menjadi sebahagian daripada acara itu.

BACA  AJL33: 4 Finalis Ini Disebut Bakal Jadi Juara Buat Kali Ke-2, Ini Alasannya!