Kalau dah namanya peminat fanatik setiap inci gerak geri serta tubuh badan selebriti pujaan mereka akan diperhatikan.

Begitulah apa yang terjadi kepada pasangan Liam Hemsworth dan penyanyi Miley Cyrus apabila gerak geri mereka diperhatikan takkala mereka keluar bersama di Malibu baru – baru ini.

Lebih menghairankan peminat kagum dengan kaki kedua- dua selebriti ini. Bukan kerana seluar mahupun kasut yang dipakai tetapi disebabkan gerak langkah mereka yang seiring dan sejalan.

Peminat menggangap gerak langkah tersebut sesuatu yang cukup menarik bagi pasangan ini. Aneh bukan? Gerak langkah selebriti pun boleh jadi pujaan di hati. Cuba bayangkan jika mereka bukan selebriti? Masih lagi jadi perhatian atau tidak..