Jika kereta adalah ‘nyawa’ lelaki begitu juga dengan alat mekap yang merupakan ‘nyawa’ bagi wanita diluar sana.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila selebriti media sosial yang dikenali sebagai Cik Epal telah memuat naik sekeping gambar di Instagram stories nya yang menunjukkan harga alat mekap yang dibeli berjumlah RM 51,000.

Namun begitu alat mekap tersebut bukanlah miliknya seorang kerana kesemua barangan tersebut adalah hasil dari tempahan pengikutnya di Instagram memandangkan beliau dan keluarga sedang bercuti di United Kingdom.

Sebelum ini, Cik Epal dan suaminya pernah tular di media sosial kerana suaminya membuat kejutan harijadinya dengan menaiki helikopter dan kereta mewah.

Bertuah Cik Epal bukan?

Sumber Twitter Innanie Ariffin