Sejak dua menjak ni, ramai betul selebriti yang dsering tayang-tayang badan. Baik perempuan mahupun lelaki seperti kita dapat lihat Norman Hakim, Zain Sidin dan Ajai , kini tiba giliran pelakon baru ini kini sudah berimej rambut pendek, Isa Khan.

IKLAN

Bekas peserta Akademi Fantasia 2016 ini mungkin tidak seaktif abangnya Miller Ali dalam dunia hiburan. Walaupun kurang isu sensasi untuk diberi perhatian namun jejaka berdarah kacukan ini aktif di media sosial dengan memuat naik beberapa gambarnya yang kini berbadan kekar dan sado.

Gambar-gambarnya yang sering melakukan senaman di Gym dimuat naik di Instagram miliknya untuk tatapan para peminat.

BACA  Terus Dimalukan! Aishah Beri Masa Tiga Hari Sebelum Ambil Tindakan

Ternyata penampilan baru jejaka yang sudah berjinak-jinak dengan dunia lakonan ini diterima positif oleh peminat-peminatnya. Rata-ratanya memuji bentuk badan baharu pelakon pujaan mereka itu.

Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 24, dahulunya selesa dengan imej rambut panjang ternyata kini nampak lain selepas potong rambut. Berbanding sebelum ini dia kelihatan lebih berisi sewaktu beraksi di Akademi Fantasia, kini Isa lebih kurus dan cengkung.

Lihat sahaja foto-foto ini, lepas ni anda rasa siapa lagi suka tayang body?

Sumber IG Isa Ali Khan