Eksperimentasi terhadap fesyen kadang kala mengundang pelbagai persepsi terhadap mereka yang memandangnya.

Digelar mangsa fesyen bukan sahaja pada pakaiannya malah turut meliputi pada seluruh badan termasuk pada wajah.

Jika kena pada wajahnya mungkin cantik seperti jurusolek ini, jika tidak ianya akan jadi sebaliknya.

Selain kening, gaya solekan ini turut dikenakan pada gincu di bibir yang dilukis mengikut bentuk yang beralun.

Terbaru, hangat diperkatakan di Twitter mengenai gambar seorang wanita. Pada gambar tersebut, wajah perempuan itu dilihat mengenakan solekan yang lain dari yang lain.

Solekan itu digelar solekan kening bergetar dan mempunyai pelbagai gelaran seperti kening bergetar, kening berombak dan kening ulat.

Jadi apa pendapat anda? Adakah sesuatu yang menarik untuk dicuba oleh wanita diluar sana?