Perkahwinan Pasangan DiRaja Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Encik Dennis Muhammad Abdullah yang penuh dengan adat istiadat melayu itu sentiasa menjadi ingatan dan kenangan. Memang sangat anggun sehingga berjaya mencuri perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Baru-baru ini, mereka berdua terus menjadi tumpuan ramai di setiap lokasi persinggahan sempena Kembara Mahkota Johor 2017. Apabila konvoi DiRaja yang diketuai DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar tiba di Taman Botani Seri Medan, Batu Pahat, orang ramai tidak henti-henti merakamkan gambar kenangan pasangan DiRaja itu menggunakan kamera dan telefon pintar masing-masing.

Perjalanan Kembara Mahkota Johor itu turut melawat daerah-daerah di negeri Johor Darul Ta’zim dalam menyempurnakan objektif merapatkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan Istana Johor. Kembara Mahkota Johor kali ini yang merupakan edisi ke-20 diketuai sendiri oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor.

BACA  Adegan Atas Ranjang? Ini Jawapan PU Riz Ismail

Kehadiran pasangan ini pada Kembara Mahkota Johor 2017 dengan membawa kereta beroda tiga Morgan turut mencuri perhatian orang ramai.

Sumber Media johor