Sebelum ini Hangat pernah menyiarkan kisah mengenai anak kepada jutawan kosmetik Dato Seri Vida yang dikenali sebagai Cik B yang dikatakan sudah pandai bersolek.

Menerusi laman Instagram DSV, beliau telah memuat naik sebuah video mengenai Cik B yang sedang membuat catwalk di sebuah butik terkenal di Jakarta Indonesia.

“12 tahun baru…dia kena blajar untuk jadi ‘gegirlzz’ huhuhu
nanti besar kena pandai berhias
Jadi jadi model ke..
Pramugari ke..
Tapi tetap rock..
Jalan sikit nok tergolek.. adoiii cikb.. cikb…
Saya Paksa makan Millen Xell tuk kurus sikt dia taknak
Kalau amal sekejappun.. seminggu je pun jadilah “

DSV berharap agar anaknya itu dapat belajar mengenai penampilan diri dan terus mendidik beliau supaya warisan perniagaan Dato Seri Vida dapat diwarisi beliau.

Terdahulu, DSV pernah meluahkan rasa sedihnya apabila terdapat netizen yang menghina anak perempuannya kerana berkulit gelap. Lantaran itu, DSV nekad untuk mengubah penampilan anaknya sedikit demi sedikit walaupun agak kekok untuk Cik B mengikut segala apa yang diajar oleh ibunya dalam urusan penampilan diri.

Sumber Instagram Dato Seri Vida