Muzik K-pop ketika ini sememangnya menjadi kegilaan ramai peminat seni hiburan di Asia, termasuklah negara kita. Nama seperti Psy, Big Bang, EXO, Rain, Taeyang, G-Dragon dan Jang Keun-suk antara yang sering meniti bibir penggemar muzik dari Korea Selatan.

Kumpulan GIRLS’ GENERATION juga menjadi kegilaan ramai peminat K-pop sehinggakan gerak tarinya menjadi ikutan anak-anak muda zaman sekarang. Siapa yang dengar lagu Paparazzi dari Girls Generation pasti rasa nak menari, betul tak? Terbaru aksi Nur Sajat berkongsi video menyanyi sambil menari lagu Paparazzi dirumah besarnya menjadi perhatian netizen.

Video berdurasi seminit itu menunjukkan Sajat yang seksi berbaju merah berseluar hitam sedang menari ikut rentak sambil mengatur rentak tari. Jom kita lihat sendiri tarian Kpop Nur Sajat ini, ternyata lebih mengasyikkan dari Girls Generation.

Sumber IG Nur Sajat