Jika mahu melakukan kebajikan dan perkara yang mulia, ada berbagai-bagai cara kita boleh laksanakan.  Seperti pelakon Anzalna Nasir, menerusi akaun Instagramnya, dia bersama suami dan rakan-rakan melawat kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser di di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur bagi menghulurkan sedikit sumbangan dan sokongan moral.

Sebelum ini, Anzalna selalu juga melawat kanak-kanak kanser namun niatnya terhenti seketika selepas peristiwa ini.

Dulu Anzalna kerap juga ke HKL untuk melawat kanak-kanak kanser. Tetapi, selepas kematian adik Iqbal yang menghidap kanser saraf Anzalna terus lemah jadi takut untuk pergi melawat kanak-kanak kanser. Tak kuat.. tak sanggup nak dengar lagi dari nurse dengan pemergian mereka yang menghidap kanser. 

Setelah hampir 2 tahun, harini, Anzalna pergi dengan suami dan juga teman rapat untuk Berkongsi rezeki. Tidaklah kaya raya dan rezeki kita bukan kerana usaha kita semata-mata. Boleh jadi kerana dengan doa dari mereka dan ibu bapa kita. Hidup ini hanya sementara, marilah kita sama-sama berkongsi dan hidup bahagia! 

Salah seorang pesakit turut merasa terharu dengan kehadiran Anzalna sehingga mengalirkan air mata. Anzalna sendiri turut bersedih dan dia sudah berjanji pada diri sendiri tidak mahu menangis untuk lawatan kali ini.

Nampaknya, aktiviti itu juga mendapat sokongan daripada hospital yang dilawatinya dan mendapat pujian dari netizen. Apa-apa pun benda yang baik haruslah menjadil teladan, Hangat.com kagum dengan usaha dan kesungguhan Anzalna dan berharap selebriti-selebriti tempatan yang turut bersama-sama menjayakan usaha murni ini. Syabas Anzalna!

Sumber IG Anzalna Nasir