Sunny Leone, seorang pelakon wanita, usahawan, model dan bekas bintang porno yang kini menjadi aktris Bollywood tengah menjadi perbincangan hangat kerana iklan kondom yang dibintanginya.

Sunny awalnya mula muncul sebagai artis Bollywood yang sukses selepas filem bergenre thriller karya Pooja Bhatt yang berjudul Jism 2. Kemudian disusuli dengan dengan Ragini MMS 2.

Tak hanya itu, ia juga membintangi banyak iklan lain salah satunya kondom dari brand terkenal di India Manforce. Yang membuatkan orang ramai di India geram, dalam iklan tersebut Sunny mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan dengan Festival Navratri, yang bakal diadakan di India.

BACA  Adegan Seks 'Panas' Menjadikan 6 Filem Bollywood Ini Berjaya

“Play this Navratri but with love,” ujar bintang cantik yang beberapa waktu lalu baru sahaja ambil anak angkat seorang perempuan.

Festival Navratri disebut juga Durgapuja, Dussera atau Dasahara untuk memperingati kemenangan Dharma terhadap Adharma. Upacara ini adalah untuk menghormati kemenangan Sri Rama melawan Rahwana. Konon Sri Rama berhasil mengalahkan Rahwana kerana anugerah Dewi Durga.

View this post on Instagram

Haha and waiting some more.

A post shared by Sunny Leone (@sunnyleone) on

Oleh sebab itu sebagian umat Hindu memuja Dewi Durga pada hari tersebut sebagai Durgapuja. Versi lain menyebutkan festival ini sebagai kemenangan Sri Kresna melawan raksasa Narakasura. Hari raya ini mirip dengan Hari Thaipusam di Malaysia.

BACA  Kylie Jenner Atasi Mark Zuckerberg Sebagai Billionair Termuda 2019

Firstpost.com melaporkan Sunny dikecam pula oleh Confederation of All India Traders (CAIT), yang telah mengirimkan aduannya ke pemerintah. Sunny dianggap melecehkan hari suci yang sangat dihormati di India dengan keluarnya iklan kondom itu.

Sumber First Post