Wajah 2 orang anak lelaki kepada Saiful Apek yang masih ramai yang tidak tahu.

Mohd Saiful Azam bin Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara yang terkenal di Malaysia.

Kredit Foto: Harian Metro

Beliau juga merupakan seorang pelakon yang paling banyak membintangi filem di Malaysia pada waktu ini. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan Senario walaupun telah keluar dari kumpulan tersebut, beliau tetap sering di panggil sebagai tetamu khas di rancangan televisyen Senario. Anak pertama dari 7 adik beradik.

Kehidupan awal

Saiful Azam dilahirkan di Gombak, Selangor. Pada surat beranak dan kad pengenalannya, tertera tarikh 15 Ogos 1969 tetapi hakikat sebenar, tarikh lahir Saiful adalah 12 Mei 1969.

Kekeliruan yang wujud itu di sebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 apabila dia terpaksa diserahkan kepada satu keluarga lain atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan kemudian baru didaftarkan.

Dia berkahwin dengan Roslina Abu Hassan pada 11 Jun 1994. Mereka dikurniakan dua cahaya mata. Lihat saja anak-anak Apek ni, kacak juga!

Mohd Radzin Aiman, 18.

Mohd Riyadh Aslam, 21

Artikel SebelumnyaSuka Selfie? Jangan Ambil Gambar di 8 Lokasi Terlarang Ini
Artikel SeterusnyaBukan Muhrim? Gambar Reen Rahim Dipeluk Kuat Lelaki Ini Dikecam
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.