Kumpulan terkenal KRU bakal mengadakan sebuah konsert besar di Kuala Lumpur khas buat peminat sebagai meraikan 25 tahun penglibatan mereka dalam bidang seni. Salah seorang anggotanya. Dalam posting terbarunya di Facebook, mereka merancang untuk mengadakan konsert berkenaan pada bulan Mei tahun hadapan di Istana Budaya.

Seperti yg dijanjikan : Good news is that confirm kami jadi buat edry, Kuala Lumpur tapi venue masih dlm renovation & oleh yg demikian tarikh konsert ialah pada 4, 5 & 6 Mei 2018. Ada good news lagi, tempahan tiket boleh dibuat mulai Rabu ini tapi hanya 3,000 tiket saja yg available so first come, first serve basis. Esok kami bagi info lagi. Stay tuned!

Dalam perkembangan lain, salah seorang anggotanya, Yusry Abdul Halim, 44 ada memberitahu sedikit info mengenai harga tiket dalam video di Facebook.  Harga tiket serendah RM158 tak termasuk GST dan pihak penganjur menyediakan pakaj zon fanatik khas buat peminat fanatik yang sanggup berdiri sepanjang konsert berlangsung.

Kumpulan Pop terkenal pada era 90an ini ditubuhkan pada tahun 1992 turut dianggotai oleh Datuk Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim.

Sumber Hype.my