Azrinaz Mazhar Hakim yang sebelum ini pernah digosipkan dengan Wak Doyok merupakan bekas personaliti TV3. Malah, beliau adalah bekas isteri kepada Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah.

Mereka berkahwin pada tahun 2005 namun Azrinaz diceraikan dengan talak satu pada tahun 2010. Azrinaz mempunyai dua orang cahaya mata iaitu seorang putera dan seorang puteri.

Putera sulung beliau bernama Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel yang kini berusia 11 tahun manakala puteri beliau pula bernama Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berusia 8 tahun.

Baru-baru ini, beberapa foto Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel tersebar di media sosial, ramai yang mengatakan wajahnya saling tak tumpah seperti Azrinaz. Ini reaksi beliau;

Been receiving too many sweet notifications and tagging on these group photos since yesterday and still counting. Most of the comments were: copy paste, saling tak tumpah, muka mommy, photostat, Iras bonda, carbon copy, sejuk perut ibu mengandung, Senyum sama, jeling mata pun serupa, Boy version of AMH

Ternyata memang ada iras bondanya. Jom lihat foto-foto jejaka kacak ini bakal menjadi idaman wanita suatu hari nanti.

Kredit Foto: Hanafi Salam (@hanafisalam)
Kredit Foto: Hanafi Salam (@hanafisalam)
Kredit Foto: Hanafi Salam (@hanafisalam)