Pernah tak anda impikan di mana dalam satu drama atau filem kesemua nama-nama hebat bergabung di bawah satu produksi. Pasti cukup hebat bukan?

Tambah pula diarahkan oleh mereka yang berkaliber, kami di Hangat pasti ianya pasti menjadi salah satu manuskrip terhebat. Namun tahukah anda semua itu bakal menjadi realiti apabila netizen di Twitter telah menyuarakan hasrat ini dan ianya telah menerima reaksi positif pelakon-pelakon ini.

Nama-nama hebat seperti Sharifah Amani, Nadiya Nissa, Beto Kushairi, Bront Palarae, Zahiril Adzim dan Redza Minhat sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.

Melalui Twitter, ternyata Nadiya Nissa bersetuju untuk merealisasikan impian peminat mereka malah Sharifah Amani turut menyokong beliau dengan mengatakan beliau sudah mempunyai skrip diatas projek mereka yang dinamakan sebagai ‘ikut cakap peminat’

Selain nama-nama ini, Wan maimunah, Namron dan Melissa Saila turut disebut oleh peminat yang menyuarakan hasrat untuk melihat mereka berlakon di bawah satu drama.

Diharap projek ini berjalan seperti yang dirancang kerana sudah pasti setiap pelakon ini bakal memberi impak besar dalam drama atau filem yang bakal mereka lakonkan.