Satu demi satu kejayaan yang kita dicipta oleh pengasas produk kecantikan, Datuk Seri Vida atau DSV walaupun beliau juga dihambat dengan pelbagai kontroversi.

Bina Hotel di England

Baru-baru ini menerusi perbualan bersama anak gadisnya yang dikenali sebagai Cik B, dia berhasrat mahu menjalankan satu projek bersama ibunya untuk membina sebuah Hotel di England. Namun Cik B sendiri pun tidak yakin dengan impiannya ini dan kemungkinan Hotel itu juga akan dibina di Ipoh. Lihat video ini:

“Bag LV cik B buat main dalam rumah tembak tembak.. Adoii.. @cikb_havoc66 Nak buat projek hotel, Dah ada business card. Baguz..Wawasan Cik B..” Tulis DSV dalam instagramnya.

Sambil menghulurkan kad perniagaan kepada ibunya, ternyata impian Cik B mendapat reaksi dari penghantar komen. Rata-rata mendoakan Cik B dapat merealisasikan impian bila dewasa nanti.

Hotel PQPTRW 19 Tingkat

Sebelum dalam satu laporan di Berita Harian ada war-warkan DSV mahu membina hotel bertaraf enam bintang yang dilengkapi kemudahan sukan dan riadah akan dibina berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV. Difahamkan Hotel PQPTRW 19 tingkat yang akan dibina di tanah seluas 0.7 hektar berhampiran papan skor Stadium Sultan Muhammad IV itu mampu memberi wajah baharu untuk Kelantan.