Nampaknya saingan diantara peserta Akademi Fantasia Mega Star semakin sengit. Lagi-lagi kini, kesemua peserta yang tinggal bakal berentap di ke pusingan seterusnya bagi merebut gelaran juara AF Megastar yang pertama. Salah seorang peserta yang menjadi perhatian penonton adalah penyanyi yang popular suka buat ‘Whistling’ .

Idayu atau nama penuhnya Nur Farah Idayu binti Yaakob merupakan pelajar Akademi Fantasia Musim 3. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau tesingkir pada minggu keempat ketika mendendangkan lagu Tiada Lagi Tangisan nyanyian asal Misha Omar dan dinyanyikan semula oleh Aishah.

Setiap minggu, persembahan Idayu tidak pernah menghampakan penonton malah juri profesional turut berpuas hati nyanyiannya. Beliau mampu menyanyi menggunakan teknik bersiul atau lebih dekenali dengan ‘whistle register’.

BACA  Aliff Syukri Tuduh Juri Tak Reti Pilih! Ini Respon Paling 'Win' Ramli MS

Vokal Idayu mampu mencapai nota-nota yang berada pada 7 oktaf. Beliau juga mempunyai julat suara yang besar dan berlingkungan 5 oktaf. Nota tertinggi yang pernah dicapainya menerusi lagu Kasih Yang Terpisah iaitu C#7. Idayu mendapat bimbingan vokal daripada ibunya sejak kecil. Beliau sering mempraktikkan teknik latihan vokal seperti bubbling dan sebagainya selama beberapa jam setiap hari.

Regina Ivanova

Tatkala lihat penampilan Idayu, Hangat.com seolah-olah dapat menbayangkan penyanyi dari Indonesia yang pernah menjuarai rancangan TV realiti popular, Indonesia Idol, Regina Ivanova. Penampilan Regina pada pertandingan tersebut sering menjadi trending topic dunia di Twitter.

Dia juga sering mendapat pujian dari para juri, malah Ahmad Dhani menyebut vokal Regina memiliki “kualiti diva.” Sebelum mengikuti Indonesian Idol, Regina merupakan seorang penyanyi kafe.

BACA  Tahniah! Mila Jirin Kini Bergelar Jutawan

Jom kita lihat kedua-dua persembahan mereka. Kedua-duanya seperti kembar kan?

Idayu di AF Megastar menyanyikan lagu Hurt oleh Christina Aguilera

Regina di Indonesian Idol menyanyikan lagu Someone Like You oleh Adele

Apa yang boleh Hangat.com katakan, Regina dipilih sebagai juara Indonesian Idol kerana pengundi Indonesia dapat melihat kepada kualiti bakat namun sebaliknya berlaku di Malaysia yang menimpa pada Idayu.

Kedua-dua mereka mempunya vokal yang hebat dan wajah yang hampir sama, mungkin penampilan mereka agak sama. Apa-apapun, penulis meminati kedua-duanya kerana mereka mempunyai semangat yang besar dalam dunia nyanyian.

like
love
haha
wow
sad
angry