Baru sebulan mereka mahu merancang akan ke jinjang pelamin, ada khabar tak sedap menimpa pasangan Baim Wong dan Vebby Palwinta. Dua sejoli tersebut dikhabarkan telah mengakhiri hubungan cinta mereka.

IKLAN

Hal tersebut tersirat dari muatnaik gambar mereka di Instagram masing-masing. Entah disengaja atau tidak, Baim Wong dan Vebby Palwinta terlihat mengeluarkan kata-kata yang kecewa.

Baim Wong memuat naik sebuah kalimat dengan latar belakang hitam di Instagramnya.

“I tried. You didn’t. I’m done. Have fun. (Aku telah mencoba. Tapi kau tidak. Aku sudah selesai. Selamat bersenang-senang),” begitu tulisan tersebut terbaca.

Meskipun sudah dihapuskan, orang ramai masih boleh melihat muatnaik gambar tersebut melalui beberapa akaun gosip di Instagram. Vebby Palwinta juga ada memuatnaik sebuah tulisan dengan nada yang tak jauh berbeza dengan Baim Wong.

BACA  Rumah Tangga Keith Foo & Kim Raymond Bergolak?

“Learn to see things from different perspectives. Never limit yourself to just one point of view. (Belajar untuk melihat sesuatu dari sudut pandang berbeda. Jangan batasi dirimu untuk melihat hanya dari satu sisi),” begitu tulisan yang dikeluarkan oleh Vebby Palwinta.

Spekulasi sebegini terus berkembang seiring dengan muat naik penuh persoalan dari Baim Wong dan Vebby Palwinta itu. Namun hingga kini, belum ada kenyataan rasmi dari mereka berdua.

Artikel SebelumnyaMengagumkan! Suara Lelaki Ini Sama Seperti David Arumugam
Artikel SeterusnyaJangan Terkeliru! Ini Bukan Isteri Shaheizy Sam, Syatilla Melvin
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.