Beberapa minggu yang lalu, gempar mengenai pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan yang rebah ketika baru sahaja selesai menjalani penggambaran program bual bicara di sebuah syarikat televisyen swasta.

Datuk Jalal Dah Sembuh

Beliau yang rebah akibat sesak nafas pada ketika itu bagaimanapun sudah sembuh seperti sediakala dan kini banyak berehat bagi menjaga kesihatannya. Walaupun baru sahaja jatuh sakit, beliau tetap aktif seperti orang muda. Buktinya baru-baru ini Jalal dilihat hadir dalam sebuah pementasan teater bagi memberi sokongan.

Akui Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang

Cinta beliau terhadap Allahyarham isterinya tidak boleh disangkal lagi, malah turut dipuji netizen. Menurut sumber dari Mstar Online, Jalal kini sedang mengenali hati budi seorang wanita yang berstatus ibu tunggal. Beliau mengambil keputusan untuk berkahwin lagi bagi menghilangkan rasa sunyi dalam hidupnya

BACA  [VIDEO] Caprice Menentang Cadangan Mufti. Ini Pesannya...

‘Bakal Isteri’ Adik Kepada Kawan Baik

Siapa sangka, dengan ucapan beliau kepada wanita yang dikenali sebagai ‘Y’ di Facebook membibitkan rasa cinta mereka. Malah tambah Jalal beliau juga tidak menyangka wanita itu merupakan adik kepada kawan baiknya. Ketika ditanya mengenai tarikh perkahwinan mereka, beliau sudah cukup bersedia untuk berkahwin lagi malah bapanya turut berseloroh mahu beliau berkahwin sekarang juga jika diberi pilihan .