Sudah lama tidak mendengar perkhabaran dari pelakon Tiz Zaqyah. Kali terakhir beliau dilihat pada Julai lalu mempromosikan filem Memori Pajeri Nenas

Tiz Zaqyah Kecewa Dengan Persatuan Seniman?

Menerusi Instastory pelakon itu, Tiz telah meluahkan rasa kecewa nya dengan Persatuan Seniman yang dilihat seperti tidak setimpal dengan penglibatan mereka sebagai anak seni.

Malah tambah Tiz, sebagai seorang selebriti sesetengah daripada mereka terpaksa berhadapan dengan persepsi negatif yang melabel artis sebagai ‘bimbo’. Beliau turut membandingkan keadaan industri luar negara dengan persatuan di negara ini dimana publisiti mereka di sana lebih meluas dan terjaga

Zed Zaidi Berang Dengan Tiz Zaqyah

Sedar akan status yang dikeluarkan oleh Tiz, Presiden Seniman, Zed Zaidi tampil membidas kenyataan beliau dengan meminta Tiz hadir pada mesyuarat agung Seniman yang akan datang jika mempunyai sebarang cadangan atau masalah.

“Cakap senang, kita buat mesyuarat panggil semua pengiat seni tidak pernah nampak batang hidung pun. Kalau dia rasa berhadapan dengan masalah sila utarakan dalam mesyuarat nanti. Kalau banyak sangat complaint saya nak lantik dia jadi Ahli Jawatankuasa tahun depan”

Menurut sumber Mstar Online juga, Zed meminta artis di negara ini tidak menyamakan industri negara dengan industri luar kerana persatuan Seniman sendiri dalam proses pembelajaran dan meminta sokongan dan idea dari ahli-ahli persatuan sendiri.

Ketika ditanya mengenai persepsi negatif netizen terhadap artis yang dikategorikan sebagai tidak berpelajaran, Persatuan Seniman kini sedang mengusahakan peluang untuk artis sambung belajar di peringkat ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti tempatan. Tambah Zed mengenai Tiz,

“Dia tidak tahu dan ambil tahu tentang perkara-perkara itu, dia hanya tahu cari kesalahan sahaja. Berkaitan masa bekerja itu kami sedang memperjuangkannya dan ia bukan sesuatu yang mudah seperti bercakap di laman sosial”

Artikel SebelumnyaRedza Minhat Sindir Fathia Latiff Kerana Tak Faham English
Artikel Seterusnya8 Artis Malaysia Ini Terjerat Dengan Skandal Foto & Video Seks. Edit ke?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress