Kehidupan peribadi seorang artis selalu dicari bahkan cenderung dikejar media. Peminat kadang-kadang mahu tahu semuanya mengenai artis tersebut.

IKLAN

Namun, ternyata masih ada artis yang menutup rapat kehidupan peribadinya. Bukan sengaja, biasanya pasangan mereka berasal dari luar dunia hiburan. Seperti dengan suami kepada model dan pelakon cantik ini.

Pelakon yang pernah popular dengan filem Spinning Gasing, Kavita Sidhu sering berada di Italy, tempat kelahiran suaminya. Mereka terlihat menikmati percutian bersama umpama merpati dua sejoli. Kavita, 47, terlihat begitu romantik bersama suaminya yang kacak, Roberto Guiati, 39.

Mungkin terlalu kacak, Kavitha jarang muat naik gambar suami. Tapi jika dilihat sendiri ke dalam akaun Instagram Roberto, ternyata beliau sering berpenampilan segak dan sering memuatnaik video ke pusat kecergasan atau Gym. Tak harianlah tubuhnya sentiasa maintain dan sasa walaupun sudah hampir memasuki usia 40 tahun.

Nah! berikut 10 gambar kacak suami Kavita yang jarang diekspos, seperti dirangkum oleh hangat.com dari Instagram peribadi Roberto.

Roberto adalah seorang ahli perniagaan yang telah menetap di negara ini selama sembilan tahun serta merupakan pemilik restoran dan bar Zenzero yang terletak di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur.

Kavita mengenali Roberto ketika di awal kedatangannya ke Malaysia menerusi seorang kenalan. Cuma hubungan mula terjalin secara serius sejak empat tahun.  Pekerjaan hakiki Roberto adalah sebagai ahli geologi di sebuah syarikat cari gali minyak dan gas.