Dato’Fadzarudin Anuar dan Datin Vivy Yusof bukanlah satu nama yang asing di dalam dunia keusawahanan. Bagi hangat.com, kedua–duanya telah memberi pelbagai inspirasi khususnya kepada anak–anak muda melalui kisah perjuangan mereka dan kejayaan hab fesyen tempatan nombor 1 di Malaysia, FashionValet.

Baru-baru ini menerusi Instagram Vivy, hangat.com ada perasan mereka berdua terlihat meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan di dalam Wad Hospital. Bilik sakit itu dihiasi belon-belon serta terlihat sebiji kek menjadi saksi kemesraan mereka berdua. Wah! Romantik betul.

Sebenarnya, hangat.com difahamkan, Vivy menemani suaminya di Hospital dan kebetulan ia sama dengan tarikh ulangtahun perkahwinan mereka.

Menurut blog yang ditulis oleh Vivy, Fadza terpaksa menjalani pembedahan kecil kerana suaminya mengalami bersih tak henti-henti selama 5 hari berturut-turut. Pembedahan segera ini menyebabkan Vivy terpaksa membatalkan percutian mereka ke Melbourne, Australia bagi menyambut sambutan ulangtahun perkahwinan.

Apa-apa pun, kami di Hangat.com mendoakan Fadza kembali sembuh dan terus menjadi inspirasi kepada anak-anak muda dalam bidang keusahawanan.