Walaupun sudah berminggu filem aksi sekual kedua Kingsman : The Golden Circle ditayangkan namun peminat masih lagi memperkatakan mengenai kehebatan filem ini dan para pelakonnya.

Diharamkan Kemboja

Di Malaysia, filem Kingsman mendapat sambutan hangat dan turut menduduki tangga teratas (Box Office) untuk beberapa ketika. Namun berlainan pula di Kemboja, kerana filem aksi ini telah diharamkan dari ditayangkan di negara itu. Ini adalah kerana industri perfileman negara itu menyifatkan filem sekual kedua Kingsman ini agak keterlaluan kerana melambangkan Kemboja sebagai kawasan jenayah.

Kesucian Angkor Wat Dijaga

Malah rakyat di negara itu menganggap tanah Angkor Wat seperti kawasan yang suci. Jadi mereka memutuskan untuk melarang filem ini ditayangkan. Walaupun sesi penggambaran tidak dijalaankan di negara itu, namun lokasi tempat persembunyian raja dadah yang digambarkan di dlaam filem ini seakan mirip Ta Prohm, Angkor Wat. Sehingga kini, Kingsman : The Golden Circle memperolehi lebih dari US$39 juta kutipan.

BACA  Intip Cantiknya Datin Ezurin Khyra 'Pose' Seksi di Depan Air Terjun Sungai Gabai

Sumber BBC