Coldplay Malaysia! Lagu Rapuh Dari Nastia Selamatkan Mood Pendengar

Bintang malam setia seperti dirimu…sungguh menyentuh jiwa. Kali pertama hangat.com mendengarkan lagu ini terus terasa ingin mencarinya di youtube.

IKLAN

Kalau di indonesia, Nidji dikatakan sebagai Coldplay Indonesia tetapi jika di Malaysia pula Nastia ialah Coldplay Malaysia.  Dalam carta radio, hangat.com mula jatuh hati, lagu ini  satu-satunya yang menyelamatkan mood. Siapa sangka, akhirnya ada satu band yang berjaya menangkap telinga pengikut radio stesen.

Apa yang menarik mereka tidak mengejarkan populariti. Menurut Mstar, Nastia tak kisah jika orang tak mengenali mereka walaupun lagu Rapuh ini popular.

“Sejujurnya, kami tak kisah lagu Rapuh popular tapi orang tak kenal band ini. Bagi kami biarlah orang biasakan diri dengan muzik kami terlebih dahulu.

“Kami berada dalam industri ini bukan sebab nak popular semata-mata, tetapi ini adalah passion dan minat kami sejak dahulu lagi.

Kumpulan ini dianggotai oleh Leo Azman(Vokalis),  Rudy Iskandar (gitar), Zack Zainal (piano) dan Adzim Shafi (bes).

BACA  Mahu Ke Konsert Westlife Di Kuala Lumpur? Ini Senarai Harga Tiket

Single tebaharu mereka berjuduh Rapuh mendapat sambutan pendengar dan telah ditonton lebih 1.7 juta di laman YouTube.

Bagi hangat.com, ini baru band malaysia terbaik malah mereka menghasilkan video klip lagu terbaik. Jadi kenapa lagu begini bagus boleh tidak terkenal?