Lagu dari penyanyi muda ini terus menjadi siulan anak muda masa kini. Siapa yang tak kenal dengan Ara Johari atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari yang merupakan seorang penyanyi baru di Malaysia. Beliau merupakan finalis dalam pertandingan realiti televisyen, AF 2016.

Yang paling baru, Ara baru sahaja menyertai AF Megastar namun kecundang ketika sesi pemilihan 12 orang peserta. Lagu yang menjadi ‘hits’ Warkah Untukku nyanyiannya sering dimainkan di corong radio.

Ada Suami?

Baru-baru ini sebuah gambar menyaksikan Ara bersama seorang lelaki yang merupakan seorang pelakon baru dimana hal ini mampu mencetuskan kontroversi. Pelakon baru yang dikenali sebagai Mustaqim Bahadon ini telah memuat naik gambar mesra bersama Ara dengan kapsyen tanda pagar #husbandwife. Tanda pagar ini telah menjadi tanda tanya dikalang peminat. Benarkah mereka berdua pasangan suami isteri?

BACA  Shila Amzah Terharu Tulis Lagu Buat Bakal Anak

Hanya dalam Muzik Video

Setelah diteliti maksud tanda pagar dalam kapsyen tersebut, Hangat.com beranggapan ini sekadar gimik untuk muzik video terbaru Ara yang bakal di keluarkan pada 27 Oktober ini di laman Youtube. Dalam kenyataan lain, Mustaqim mengajak peminatnya untuk terus menyokong Ara untuk muzik video terbarunya berjudul Bunga.

“Jom dengar single terbaru @arajohari Bunga di @joox_my @spotify @itunes Music Video akan keluar in shaa Allah 27 Oktober ni”

Siapa yang terkejut kalau tiba-tiba muncul tanda pagar seperti ini. Tapi sebelum ini dalam laporan Malaymail, kini dia hanya menfokus dulu pada nyanyian dan belum bersedia untuk bercinta.

“Tetapi saya fokus dulu pada nyanyian. Saya belum mahu bercinta kerana saya fokus bekerja mencari rezeki.