Nama Tony Fernandes bukanlah asing dalam dunia penerbangan. Dialah CEO Grup AirAsia, sebuah syarikat penerbangan tambang murah popular di seluruh dunia.

Setelah 16 tahun memimpin AirAsia, dan menjadikan penerbangan ini sebagai syarikat besar, Tony akhirnya melancarkan buku autobiografinya berjudul “Flying High”.

Pelancaran berlangsung di Marini’s On 57 Kuala Lumpur.

Buku setebal 243 halaman ini menceritakan seluruh kisah hidup Tony, sejak kecil dengan ibubapanya, hingga impiannya yang telah direalisaikan menjadi salah satu syarikat berpengaruh di Asia dan juga dunia.

Dalam buku ini diungkapkan bagaimana kisah perjalanan hidup Tony, dari anak-anak yang dilahirkan dalam keluarga yang cinta terhadap muzik, hingga dia kemudian berkecimpung di dunia muzik, dan akhirnya pindah haluan menjadi pemilik penerbangan yang berjaya.

“Flying High” merupakan cerita tentang kekuatan mimpi.

“Ketika saya pertama kali bermula dengan AirAsia bersama Datuk Kamarudin, semua berfikir kami gila. Mereka mengatakan, kami tidak akan mampu menjalankan syarikat penerbangan. Jika kami mendengarkan respon mereka, kami akan menyerah sebelum bermula dan buku ini tidak akan pernah ada,” kata Tony.

Kini, Tony melebarkan sayap perniagaannya dengan membeli kelab bola, Quenns Park Rangers (QPR), yang memaksanya untuk tinggal di luar negara untuk menguruskan kelab tersebut.

Kejayaannya yang telah diraihny tidak langsung membuat Tony berhenti bermimpi. Kini dia bermimpi boleh memberi banyak kebaikan, khususnya di bidang pendidikan.

Sumber Liputan6