Minggu lalu, Hangat.com telah menganjurkan tayangan perdana filem Thor yang ketiga berjudul Thor: Ragnarok dimana tayangan tersebut turut dihadiri pembaca bertuah kami dan beberapa selebriti terkenal seperti Amin Hayat, Jaslin Puasa dan Nazirul Mubin.

Filem Thor Yang Paling Berjaya

Berbanding dua filem Thor sebelum ini, Ragnarok dikatakan antara yang paling bejaya dengan mengutip kutipan awal sebanyak $107.6 juta di carta ‘box office’ sehingga hari ini.Bukan itu sahaja, filem terbaru Thor ini juga berada di tangga tertinggi jika dibandingkan dengan kutipan awal filem Doctor Strange, $86 juta dan $101.2 juta bagi filem Guardians of the Galaxy Vol. 2.

Sarat Dengan Komedi

Sebelum ini, rata-rata ulasan dari pembaca Hangat.com, ramai yang beranggapan filem Thor kali ini penuh dengan aksi komedi walaupun ianya merupakan filem adiwira. Walaupun begitu, filem ini masih mempunyai kekuatannya sendiri, jika tidak bagaimana mungkin ia boleh mencapai kutipan yang memberangsangkan.

Thor:Ragnarok merupakan filem arahan Taika Waititi dan dibintangi oleh Chris Hemsworth (Thor), Tom Hiddleston (Loki), Cate Blanchett (Hela), Idris Elba (Heimdall), Jeff Goldblum (Grandmaster), Tessa Thompson (Valkyrie), Karl Urban (Skurge), Mark Ruffalo (Bruce Banner/Hulk) dan Anthony Hopkins (Odin)

Sumber Deadline.com