Tahniah Hangat.com ucapkan buat FMC Music yang telah menyambut ulangtahun mereka yang ke 25 baru-baru ini. Sambutan yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia serentak dengan pelancaran single terbaru artis-artis mereka seperti Wany Hasrita, Ernie Zakri, Wani Gema Gegar Vaganza, Sissy Iman, Tajul, Putera Band, Syed Shamim dan Muna turut disaksikan oleh pelajar-pelajar universiti berkenaan yang turut berlangsungnya pesta konvokesyen.

500,000 Subscriber Di YouTube Rasmi

FMC Music yang dahulunya dikenali sebagai Fantasia Music City turut meraikan kejayaan mereka dengan memperoleh 500,000 subscriber di YouTube rasmi FMC Music Sdn Bhd. Pelbagai kejayaan telah dicipta oleh mereka dan artis-artis naungannya yang turut memecah masuk pasaran luas di seluruh Malaysia termasuk Singapore dan Brunei.

BACA  [GAMBAR] Haziq Putera Band Kemalangan Dengan Lori

Artis Pertama Di Asia Yang Menggunakan Video Augmented Reality

Selain itu, artis naungan FMC, Haqiem Rusli turut melakar sejarah sebagai artis pertama di Asia yang menggunakan teknologi Augmented Reality dalam video klip lagu terbarunya, Jatuh Bangun. Sebelum ini Hangat.com telah menyiarkan kisah kejayaan Haqiem menerusi artikel terdahulu. Syabas diucapkan buat FMC Music dan artis-artis naungannya!

1
like
love
haha
wow
sad
angry