Bercakap mengenai selebriti popular, rata – ratanya didominasi oleh selebriti Hollywood. Namun tahukah anda, ada diantara mereka sebenarnya adalah adik- beradik, malah ada diantara mereka yang tidak mengaku adik-beradik kerana dianggap menumpang populariti masing – masing. Buat yang tidak tahu, Hangat.com bawak 5 adik beradik selebriti yang popular di dunia.

1. The Kardashians

Bercakap mengenai adik beradik The Kardashians siapa sahaja tak tahu. Mungkin ada yang pelik kenapa hanya tiga sahaja yang mempunyai Kardashian sedangkan Kylie dan Kendall mempunyai nama Jenner di belakang nama mereka.

Jawapannya, ibu mereka Kris Jenner sebelum ini telah berkahwin dengan seorang peguam, Robert Kardashian dan kemudiannya berkahwin dengan Bruce Jenner yang kini menukar jantina dengan menjadi perempuan,Caitlyn Marie Jenner

BACA  Sekali Lagi, Kendall Jenner Tampil 'Berbogel' Dalam Majalah Vogue

2. Luke Hemsworth, Chris Hemsworth Dan Liam Hemsworth

Umum mungkin mengenali Chris dan Liam Hemsworth berbanding abang mereka, Luke Hemsworth. Pada hemat Hangat.com mungkin kerana adik-adiknya berlakon dalam filem box-office membuatkan nama mereka begitu dikenali.

3. James Franco, Tom Franco Dan Dave France

Mungkin ada diantara anda yang tidak tahu bahawa ketiga – tiga mereka adalah adik beradik. Malah kami di Hangat.com baru sahaja tahu bahawa Tom Franco merupakan adik beradik kepada James dan Dave. Sama seperti Luke Hemsworth, nama Tom agak sedikit tenggelam berbanding abang dan adiknya.

4. Jadie Smith Dan Willow Smith

Siapa sangka, anak – anak kepada Will Smith turut mencipta nama mereka sendiri di atas pentas antarabangsa. Selain berlakon, mereka juga terkenal dalam arena peragaan.

BACA  Wow! Single Duet Yuna Terbaharu Ini Begitu 'Catchy'

5. Aaron Ashmore Dan Shawn Ashmore

Sama bukan? Jangan salah sangka kerana mereka adalah kembar seiras. Jika Shawn terkenal sebagai watak Iceman dalam X-Men, kembarnya pula terkenal menerusi drama episod, Smallville.