Dancer utama boyband EXO, Kai menceritakan pengalaman mengerikan yang buatkan dirinya hampir maut. Dalam sebuah acara, Happy Together 3, Kai menceritakan bagaimana dia hampir kehilangan nyawa dalam sebuah kecelakaan dalam lift.

Menurut Koreaboo, Jumaat 3 November 2017, bekas kekasih Krystal f(X) ini menceritakan bahawa bagaimana kecelakaan terjadi, dia sedang dalam perjalanan naik ke apartmennya. Di dalam perjalanan lift menuju atas, Kai mendengar ada suara bunyi tikus.

Awalnya, dia berfikir tidak terjadi apa-apa, tetapi kemudian dia terkejut dengan munculnya suara ketukan dan lift mulai jatuh dari tingkat lima. Lift meluncur ke bawah dan bernasib baik bagi Kai, kerana lift berhenti di tingkat bawah, di mana Kai cuba untuk membuka pintu lift dan keluar.

Selepas dia berjaya keluar, lift tersebut jatuh lagi hingga menghentam lantai bawah. Akibat kejadian ini, Kai mengaku sangat trauma. Selepas kejadian lift jatuh tersebut, Kai sempat menangis meminta tolong dan berjalan melalui tangga.

Setelah kejadian lift terjun mengejut itu, Kai baru sedar suara tikus yang dia dengar sebelumnya bukanlah suara tikus, tapi suara kabel lift rosak. Kai bersyukur, dia selamat dari kejadian mengerikan itu.

Sumber Koreaboo

Artikel SebelumnyaIni Adalah Punca Kenapa WhatsApp ‘Down’
Artikel SeterusnyaPesanan Erma Fatima, Menang Besar di Anugerah Skrin 2017
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.